Monday, October 22, 2007

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Setelah abis program hangat MyStarz LG September lepas, alhamdullilah..... banyak juga jemputan dan undangan untuk stage show dan TV program yang dapat. Selain tu, bila lepas MyStarz, bila berjalan-jalan kat tempat terbuka (shoping complex, pasar malam, pasar Ramadhan, restoran) ada yang menegur dan mengaku sebagai peminat. Tak pernah termimpi atau terfikir hidup saya akan ada peminat (he... he...). Ramai juga peminat-peminat yang selalu bertanya cam mana nak mengetahui perkembangan saya selepas MyStarz, kat mana show yang akan datang, how to get in touch dan bermacam-macam lagi lah suggestion dan soalan.

Jadi dengan rendah diri dan berniat murni, saya set kan blog ni bertujuan untuk mendekatkan diri serta menghargai kesemua peminat-peminat serta penyokong-penyokong saya ketika di MyStarz LG. Di harap apa yang di paparkan di sini akan mengeratkan hubungan sesama kita.

Wassalam.


1 comment:

hafriz said...

HAII ME HAFRIZ.....
SAYA PULAKKK TAKK PERNAHH MIMPIII DAAPATT JAADII PEMINATT AWAKKK ......
OKLAHHH....NICE PAGE.....
NICE....

HAFRIZ....