Wednesday, December 8, 2010

NAK KE MANA KITA?


Assalamualaikum.....

Sebenarnya saya dah update blog ni 2-3 minggu yang lepas, announcing that I'll be involve dalam program Nak Ke Mana Kita? yang akan disiarkan di stesyen TV yang baru dilancarkan semalam, TV AlHijrah.

It was a great honour for me to get a chance to host a TV program. And more, doing a travelogue.... it has been my dream. Get to travel which all paid for (and get paid), what else can I ask for. Cuma sekarang weekend dah tak boleh nak spend time dengan family, especially with wifey and my 6 months old Heidi.

Nak Ke Mana Kita? ni satu rancangan yang bukan setakat memperlihatkan keindahan tempat-tempat di Malaysia malah juga mendekati penduduk di sekitar kawasan yang dilawati. Senang cerita, kalau anda berminat nak kenal lebih dekat tentang masyarakat dan aktiviti penduduk di Malaysia, Nak Ke Mana Kita? ada jawapannya.

Macam gambar kat atas ni, saya kena turun ke laut dalam bersama-sama 2 nelayan bagi merasai jerih perit hidup sebagai nelayan. Selalunya kita cuma ke pasar, beli ikan, masak lepas tu cubit2 ikan dan makan. Rasa kita nak bersyukur dan berterima kasih pada orang yang bersusah payah menaikan ikan dari laut tu mungkin ada, tapi kurang sangat. Jadi, kalau anda tonton NKMK barulah kita tau betapa susahnya kerja sebagai nelayan.

Jangan lupa tonton NKMK setiap Ahad jam 2.30 petang di TV AlHijrah. NKMK akan bersiaran sebanyak 13 episod bermula Ahad ini, 12 Disember 2010.
Posted by Picasa