Thursday, October 8, 2009

'MENAWAN PROTON'

Salam semua....

Bermula kelmarin, lagu Menawan Dunia yang menjadi lagu tema terbaru bagi syarikat pembuatan kereta terbesar di Malaysia telah menawan seluruh premis-premis utama PROTON seperti di kilang pembuatan Tanjung Malim dan Shah Alam, PROTON Centre of Excellence Complex dan di bilik pameran utama seluruh negara.

There was strange feelings when I first to get to listen to the song played at the office. But I think Menawan Dunia would be a hit if it to be play on national radio. What do you think?

By the way, I'll be posting my latest song titled Mentari Di Horizon soon. Appreciate if you could give me some feedback - bad or good.

APA KATA ORANG?

It is quite interesting to know what people think about us atau persepsi orang lain terhadap kita. Tambahan pulak bila dah atau pernah menjadi selebriti kat Malaysia ni.

Recently, we got to read a blog entry yang tulis pasal 'Badri Yang Sempoi'.

Check it out ya'll!


To Penulis Resah, thank you for the praise. I just being myself :D!

Selamat Hari Raya!

Thursday, July 9, 2009

"MENAWAN JAKARTA"

Insyaallah lagu Menawan Dunia akan berkumandang di Jakarta dalam masa 2 minggu lagi.

PROTON Exora akan di lancarkan bersempena dengan Indonesia International Motorshow pada 24 Julai 2009 di Jakarta. Sekali lagi saya dipertanggunjawapkan untuk menyanyikan lagu Menawan Dunia sebagai gimik pelancaran itu nanti.

Kalau mengikut perancangan, saya akan digandingkan dengan seorang penyanyi dari Indonesia. Alasan nya adalah untuk memberikan lebih impak pada pelancaran nanti.

Insyaallah, nanti blog ni akan di update dari Jakarta. Majulah sukan untuk Negara!

Monday, May 18, 2009

STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2009


Jom kita ramai-ramai join Standard Chartered KL Marathon 2009 pada 28 Jun.

I'll be there to participate in 10KM run.

Hope to see you there!

Friday, May 15, 2009

PELANCARAN EXORA - MENAWAN DUNIA

Salam semua....

Sekarang ni semua rakyat Malaysia tengah hangat bercakap mengenai produk baru PROTON, EXORA yang dilancarkan sebulan lalu. Saya teringin jugak nak menulis pasal Exora, tapi saya lebih berminat untuk berkongsi mengenai upacara pelancaran hari tu.

Seperti yang sedia maklum, saya telah diberikan amanat besar oleh PROTON untuk menyanyikan lagu Menawan Dunia, ciptaan Aubrey Suwito dan lirik Tinta S (gandingan yang menghasilkan lagu-lagu meletop seperti Gemuruh, Seribu Impian dan Menuju Puncak). Pada mulanya rasa macam biasa ja la....


(Rehersal time..!!)

Tapi bila dah nak sampai pada hari pelancaran tu, part nyanyian tu sebenarnya opening gambit untuk EXORA, depan YAB Perdana Menteri dan YABhg Tun Mahathir... tambah lagi senior management of PROTON.... tambah lagi siaran langsung ke seluruh Malaysia.... aduh hai.... terus rasa menggeletak, menggelegak darah dalam badan. Bayang kan... bayang kan....

Walau apapun, perjuangan mesti diteruskan jugak....


(Show time....)

Kalau di tanya samada saya puas hati atau tidak untuk that particular performance, I rate myself 5 out of 10. The nerve factor, the equipment failure (the ear piece monitor was not working properly), the smoke on the stage.... telah mengganggu Badri Ibrahim (atau Badri Hisyam seperti yang di tulis kat TV1) untuk beraksi cemerlang. Tapi peluang hanya datang sekali, tak boleh rewind balik. I just have to accept, that was not my momment. It was Exora's.

Tuan-tuan dan puan puan.... please check out the Exora. It is seriously value for money.

About the song - Menawan Dunia.... if you like it, please e-mail me so that I can send you the MP3 version. Kalau nak tengok clip semasa pelancaran hari tu, please click http://www.youtube.com/watch?v=xGZFMi8Yd1I

Thank you.






Thursday, January 8, 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian - Artis Baru Popular & Penyanyi Lelaki Popular


Perhatian kepada semua....

Saya rasa terkejut jugak, macam excited pun ada sebab bila tengok dalam senarai pencalonan awal ABP Berita Harian 2008.... saya tercalon untuk 2 kategori - Artis Baru Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular.

Bagi saya, ini satu penghargaan yang besar sebab baru 1 tahun lebih saya aktif dalam music business, dah pon dapat pencalonan.... walaupun pencalonan awal.

Antara nama besar yang di calonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular Nabil Raja Lawak, Nubhan dan Toi. Kalau kategori Penyanyi Lelaki Popular tentunya Anuar Zain, Dafi, Faizal Tahir, Mawi dan ramai lagi lah. Jadi harapan saya tak lah besar, tinggi menggunung. Dah di senaraikan sebagai calon awal pun dah cukup besar maknanya. Tapi kalau sekalian kawan-kawan dan saudara mara yang rajin untuk mengundi, saya amat menghargai kesudian anda. Terima kasih.....


Nama saya ada kat nombor 7.

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Kepada semua yang sentiasa setia mengikuti perkembangan Badri Ibrahim, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru masehi 2009 dan tahun Hijrah 1430. Semoga tahun 2009 ini akan membawa kesejahteraan dan kejayaan kepada kita semua.

Bagi saya, ada beberapa plan yang akan di lakukan pada tahun ini. Memandangkan sudah lebih setahun saya dinobatkan naib juara MyStarz LG, tahun 2009 ini bolehlah saya katakan sebagai tahun 'do it or die'. Maksudnya, kalau tak berusaha gigih dalam menempatkan Badri Ibrahim dengan lebih kukuh di arena muzik Malaysia, mungkin nama Badri Ibrahim akan tenggelam.

Sasaran untuk mengeluarkan album akan terus berjalan walaupun usaha mencari lagu dan muzik yang bersesuaian agak perlahan. Tapi yang pasti, 2 komposer ternama telah bersetuju untuk produce beberapa lagu untuk saya.

Untuk perancangan suku pertama 2009, saya akan bergerak secara agresif bagi memastikan lagu 'Bagaikan Roda' berkumandang di radio. Lagu tersebut (pada fikiran saya) sudah 'familiar' dengan para penonton TV3 melalui rancangan Jom Ronda. Jadi, sudah tiba masanya untuk melobi lagu tersebut di stesyen-stesyen radio.

Apa yang saya harapkan dari anda semua adalah doa dan sokongan yang berterusan kepada saya.

Salam.