Tuesday, July 22, 2008

Audition MyStarz LG Season 2

Salam semua.

MyStarz LG akan kembali untuk musim yang kedua. Sessi uji bakat akan bermula hujung minggu ini (26 & 27 July 08) bertempat di pusat membeli belah AEON Tebrau City, Johor Bahru.

Saya telah pun di lantik oleh tuan producer Tengku Sahilawati (Boboy) untuk jadi emcee di kesemua tempat audition MyStarz LG yang akan diadakan. Uji bakat ni akan menjalar ke Sunway Carnival Mall, Penang (2 & 3 Aug), Cineleisure Mutiara Damansara (9 & 10 Aug), 1 Borneo, Kota Kinabalu (16 & 17 Aug) dan Boulevard Shopping Mall, Kuching (23 & 24 Aug).

Jadi, kepada semua yang berminat dan betul-betul berbakat untuk menjadi bintang..... sila lah datang ke sessi ujibakat tu nanti. Lagipun, boleh la jugak kita berjumpa di sana. Untuk maklumat lanjut, sila klik www.mystarzlg2.com

Wednesday, July 16, 2008

Jom Ronda - TV3

Rancangan Jom Ronda - sebuah 'talk show' pertama di Malaysia yang di lakukan di dalam kereta akan menemui penonton TV3 dalam bulan Ogos nanti.

Rancangan yang diterbitkan oleh En Jafni Abu Bakar (bekas penerbit MyStarz LG) akan memberikan penonton tip-tip serta langkah-langkah ke arah menjadikan kita sebagai pemandu bijak dan berhemah. Di samping itu, rancangan ini yang dikendalikan oleh AG dan Dira akan bersama selebriti-selebriti dan artis-artis tempatan berbincang mengenai pengalaman memandu serta mengorek cerita/perkembangan terbaru mereka.

Saya pun terlibat dalam rancangan ni. Shoot dekat Johor Bahru bersempena Karnival Jom Heboh di Danga Bay, Bad dibawa makan 'sup gearbox' dan pusing-pusing sekitar Bandaraya Johor Bahru dengan Satria Neo. Banyak hal mengenai perangai dan karenah pemandu di Malaysia yang dibicarakan dalam program tu.

Insyaallah untuk program tu nanti, salah satu lagu saya akan diangkat sebagai lagu tema untuk program 'JOM RONDA'! So guys, check out this program soon....


6 kamera yang di pasang dalam keta Neo.


Jafni duduk kat belakang bertindak sebagai pengarah.


Makan sup gear box. Inilah lebihan makanan kami. Yang kat sebelah kiri tu pinggan AG.


Kat Arena Jom Heboh, promote program Jom Ronda. Banyak goodies bagi kat pengunjung, sponsored by Proton.


Bergambar dengan peminat selepas nyanyi satu lagu kat Arena, Jom Heboh.


Dira dan AG, pengacara rancangan Jom Ronda bersama Proton.

Alhamdullilah

Syukur alhamdullilah, tekak dah semakin elok selepas operate buang tonsil 3 minggu lepas. Sekarang dah kembali normal, boleh makan dan yang paling penting dah boleh nyanyi balik.

Kepada semua, jangan risau sebab suara tak lari ke mana. Macam yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ni, tonsil ni terletak di tepi anak lidah. Peti sora terletak jauh ke dalam kerongkong. Jadi tak ada terjejas lah dalam operation hari tu.

Kenapa saya buat operate tonsil? Tiap-tiap kali saya demam, tonsil akan membengkak. Bila bengkak, sakit dan susah nak makan. So, pergi la Damansara Specialist jumpa dengan Dr Roslan (E&T) dan Dr nasihatkan supaya potong dan buang. Tonsil ni kira macam adik beradik appendixes la. Kalau di simpan pun tak ada fungsi, kalau dibuang pun, tak ada effect. Jadi daripada sengsara sakit tekak tiap kali demam, baik buang saja....

Selama 2 minggu saya tak leh makan makanan normal (maksudnya makanan kita orang melayu yang gemarkan pedas...). Hari-hari makan bubur ikan. Seksa jugak. Sakit bila nak telan tu, tuhan saja yang tahu. Result daripada tu, badan turun 5 kilo. Jadi kepada sesiapa yang nak kurus, anda disarankan untuk melakukan pembedahan buang tonsil.

Menuju ke bilik pembedahan. Part yang paling best, bila Dr letak ubat kasik pengsan....


Audi Mok datang melawat dengan Azlin Abas & NurFatima

Gambar menunjukan keadaan sebelum dan selepas tonsil dibuang. Gambar ini bukan gambar mulut Badri Ibrahim dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Gambar ini adalah kartun semata-mata.