Wednesday, July 16, 2008

Jom Ronda - TV3

Rancangan Jom Ronda - sebuah 'talk show' pertama di Malaysia yang di lakukan di dalam kereta akan menemui penonton TV3 dalam bulan Ogos nanti.

Rancangan yang diterbitkan oleh En Jafni Abu Bakar (bekas penerbit MyStarz LG) akan memberikan penonton tip-tip serta langkah-langkah ke arah menjadikan kita sebagai pemandu bijak dan berhemah. Di samping itu, rancangan ini yang dikendalikan oleh AG dan Dira akan bersama selebriti-selebriti dan artis-artis tempatan berbincang mengenai pengalaman memandu serta mengorek cerita/perkembangan terbaru mereka.

Saya pun terlibat dalam rancangan ni. Shoot dekat Johor Bahru bersempena Karnival Jom Heboh di Danga Bay, Bad dibawa makan 'sup gearbox' dan pusing-pusing sekitar Bandaraya Johor Bahru dengan Satria Neo. Banyak hal mengenai perangai dan karenah pemandu di Malaysia yang dibicarakan dalam program tu.

Insyaallah untuk program tu nanti, salah satu lagu saya akan diangkat sebagai lagu tema untuk program 'JOM RONDA'! So guys, check out this program soon....


6 kamera yang di pasang dalam keta Neo.


Jafni duduk kat belakang bertindak sebagai pengarah.


Makan sup gear box. Inilah lebihan makanan kami. Yang kat sebelah kiri tu pinggan AG.


Kat Arena Jom Heboh, promote program Jom Ronda. Banyak goodies bagi kat pengunjung, sponsored by Proton.


Bergambar dengan peminat selepas nyanyi satu lagu kat Arena, Jom Heboh.


Dira dan AG, pengacara rancangan Jom Ronda bersama Proton.

No comments: