Thursday, March 20, 2008

SELAMANYA?

Selamanya
Yang aku mahukan

Bila aku bersama mu....


Verse pertama yang ditulis oleh Faizal Tahir untuk lagu/single Bad yang pertama.

Audi Mok tengah buat final mix untuk lagu ni dan Audi cakap dia nak hantar untuk proses mastering dalam minggu depan. Tajuk untuk lagu ni tak final lagi, mungkin 'SELAMANYA'.

It should be ready by end of this month. Sebulan jugak delay sebab nak pastikan lagu ni dihasilkan dengan sempurna. Tunggu.......




Audi tengah concentrate buat final touch dalam studio Fuse, Petaling Jaya.

Sunday, March 9, 2008

Pilihan Raya Umum 2008

Penglibatan artis bagi menarik orang ramai datang mendengar ceramah politik semakin dipraktikkan. Ada pelakon, penyanyi & pelawak diundang samada bagi berceramah atau menjadi daya tarikan, lebih-lebih lagi semasa musim Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Bad dijemput untuk bersama-sama dengan calon ADUN bahagian Bagan Dalam, Pulau Pinang untuk meng'happening'kan ceramah pada 7 Mac yang lepas, sehari sebelum hari pembuangan undi. Majoriti penduduk di situ adalah bangsa India dan Melayu.

Bad nyanyi 3 lagu dan diselitkan sedikit peringatan tentang pemilihan wakil rakyat. For me... ceramah politik ni dah biasa sangat sebab masa kecik-kecik dulu pun selalu ikut ayah gi bagi ceramah sana sini..... best....!!