Thursday, August 21, 2008

MyStarz LG - Sabah Audition

1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah - a brand new shopping complex attached to 3 hotels was the chosen venue for the last weekend (16 & 17 August) MyStarz LG season 2 audition.

More than 300 participants from all over Sabah had shown their talents and 32 participants was chosen to the 3rd stage of the audition. It has been known that contestant from Sabah has great talent and they had impressed the judges (Encik Mokhtaza, orang kuat Warner Music) dan Lah VE.

Peserta dari MyStarz LG Season 1 yang berasal dari Sabah - Awang, Rubisa dan Rachel telah sudi datang membuat persembahan menghibur dan menunjukkan bakat mereka kepada para pengunjung dan juga peserta-perserta untuk Mystarz LG Season 2.

Malam ini, saya akan berangkat ke Kuching, Sarawak iaitu lokasi yang terakhir bagi ujibakat Mystarz LG Season 2.

Sila tunggu cerita terbaru dari Kuching pada minggu hadapan....Salam

Thursday, August 7, 2008

Sidang Akhbar 'Jom Ronda'


Majlis pelancaran dan sidang akhbar untuk program Jom Ronda telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pagi tadi.

Saya telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu Bagaikan Roda - lagu yang telah dipilih untuk menjadi lagu tema program tersebut. Pencipta lagu Bagikan Roda, Audi Mok juga meluangkan masa untuk hadir di majlis tersebut.

Kepada semua, jangan lupa menonton program Jom Ronda setiap hari Ahad jam 7.30 petang bermula 10 Ogos ini.

Thanks to Gary Lee for the pictures.


Audi Mok di 'cekup' oleh Fetri Yahya, bertanyakan soalan mengenai lagu Bagaikan Roda.



PROTON merupakan penaja utama untuk program Jom Ronda.

Tuesday, August 5, 2008

BAGAIKAN RODA

Satu lagi lagu ciptaan komposer meletop, Audi Mok - Bagaikan Roda, dah pun siap proses rakaman dan mastering minggu lepas.

Lagu yang liriknya di tulis oleh Rafidah Abdullah (Rafidah 3R) berentakkan Pop, menceritakan kehidupan 1 hari bagi seorang lelaki. Dengan rentaknya yang catchy dan mengajak anda bergoyang, lagu ni memang berlainan sungguh dengan lagu saya yang pertama, Selamanya.

Dan yang paling best, ianya bakal ke udara pada hari Ahad ni (10 Ogos 2008) jam 7.30 petang di TV3 sebab lagu ni akan menjadi lagu tema rancangan "Jom Ronda", rancangan bual bicara yang dilakukan di dalam keta. Enjoy!!


Lirik Bagaikan Roda yang ditulis oleh Rafidah Abdullah. Citer dalam lagu ni memang lain sket la. I think, ini lah lagu pertama dalam masa berpuluh tahun yang menceritakan hidup seorang lelaki yang dah berkahwin.


Audi tengah membetulkan position Badri Ibrahim dengan mic. Masa rakam lagu ni, 2 mic digunakan serentak ( 1 studio mic, 1 performance mic). Sebab tu kalau dengar lagu ni, ada banyak lapis suara yang kedengaran. Betapa kreatifnya Audi Mok. Way to go dude!!