Monday, October 29, 2007

Show - Joran D'Kijal Was A Real Test!

Ahad, 28 Oktober 2007 -


Dapat peluang nyanyi kat satu event besar macam Karnival GP Joran memang dah satu achievement, tambah pulak nyanyi depan kira-kira 15,000 orang...... a really big WOW! Mula-mula tu memang la ketaq sikit... biasalah. Tambah pulak nampak crowd yang ada sekitar pentas... lagi bertambah lajulah enjin motorbot kat dalam dada ni.


It was a real test for me. Kalau sebelum ni nyanyi depan tak lebih dari 5 ribu orang kat dalam MyStarz (itupun banyaknya kenalan dan ahli keluarga). Kali ni kena nyanyi depan crowd yang sebenar. Di atas kesuntukan masa, semua penyanyi termasuk Bad hanya dapat nyanyi 2 lagu (Gemuruh + Pilihlah Aku & Gila Judi + Cek Mek Molek) dan bila dah start tu, rasa tak puas pulak nyanyi cuma dua lagu. I want to do more...!!


Thank you to Berita Harian, especially Dato' Manja dan Dato' Hishamuddin serta wartawan meletop Zubir di atas jemputan and a very good treatment yang disediakan sepanjang berada di Terengganu. To Faizal AF4, Fatin AF5 serta Maya Karin, it was indeed a pleasure to work alongside all of you and I am looking forward to work together with you guys again. Not forgetting to Tina (my lovely wife + manager), you are excellence behind the music console. Thanks dear!

Kepada peminat peminat Bad di Terengganu, InsyaAllah Bad akan kembali ke Pulau Duyong, Terengganu untuk menjayakan acara pembukaan dan penutup Monsoon Cup 2007 pada 28 Nov - 3 Dec 2007. Kita jumpa di sana. Salam.....

Ketika melawat gerai-gerai pameran di sekitar tapak karnival - ramai giler orang serbu...

Bergambar dengan ikan-ikan yang ditangkap oleh peserta GP Joran


Letih sangat.... lepas tu sambut birthday Maya Karin kat Awana Kijal.

Terima kasih kepada Zubir yang menjaga kami sepanjang berada di Awana, Kijal.

Saturday, October 27, 2007

Malam Raikan Kanak-Kanak Istimewa Bersama LG

Khamis, 25 Oktober (8.30pm)

Majlis meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim (majoriti bangsa Cina & India) anjuran LG telah diadakan di dewan komuniti Taman Tun Dr. Ismail, KL. Selain meraikan kanak-kanak special ni, malam tu jugak menjadi acara 'reunion' kanak-kanak MyStarz. Yang ada malam tu Afif, Andy, Tashya, Mimi, Russell, Ijam.


Malam tu jugak menjadi satu 'disaster' utk kami sebab: 1) pakaian kami memang out of place. Orang yang ada si situ semua pakai baju biasa jer, cuma Superstar MyStarz jer yang pakai baju raya; (2) kami disuruh nyanyi lagu raya di depan audience yang tak appreciate lagu raya. What a shame..... tapi tak kesah lah, we had fun. Thank you to LG for having us there.

Nyanyi lagu Menjelang Hari Raya (DJ Dave)


Ahli-ahli majlis tertinggi MyStarz yang hadir (yang sebelah kiri tu pakai baju sedondon nampak...)


Persembahan yang mengagumkan dari adik ni.... best!!


Wajah ceria bintang-bintang MyStarz


Bersama Mr Chin, boss besar LG kat Malaysia dan semua staff LG. Dikelilingi
kanak-kanak istimewa di belakang.

Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima

Bad diperintahkan untuk menyanyi sebelah petang yang mana sessi Media Prima bersama corporate clients. Me, together with Afif and Ijam was there around 3pm untill 6pm. Sampai jer kat Sri Pentas, Bad dah kena nyanyi dulu, duet ngan Farah Asyikin (Malaysian Idol & One In A Million) lagu Seloka Hari Raya. Walaupun tak practice, tapi boleh jugak lah....

Lepas tu Bad kena nyanyi 3 lagi lagu secara solo; Suasana Hari Raya (DJ Dave), Kau Di Hatiku (Zainal Abidin) dan tentunya lagu medley Gila Judi & Cek Mek Molek (M Daud Kilau).

Ramai jugak artis yang ada seperti Adibah Noor, Azwan Ali, Rohana Jalil dan Sharifah Armani dan tentunya personaliti2 TV3. Another good exposure for me and the rest of MyStarz. Kalau tengok dalam gambar Bad tak pakai songkok sebab tertinggal la pulok!



Sharifah Armani with her.... friend kot, duduk kat meja yang sama Bad duduk.


Adibah Noor was superb,seperti biasa.


Barisan artis yang menjayakan persembahan hari tu bergambar dengan Datuk Seri Farid.


Bergambar dengan (dari kiri) Ijam, Kombatt & Boboy - producer MyStarz LG. Suka sangat tengok Boboy pakai tudung cam tu.... ayu sangat!

Friday, October 26, 2007

Thank You Adidas!


Last Sunday, I got my self two pairs of Adidas sneakers from their new Adidas Original outlet in Pavillion, Bukit Bintang. Million thanks to Adidas especially Mr. Darren Choy, Managing Director of Adidas for the support given. I'll put them on for my forthcoming shows and I am sure it will definitely make me look good and comfortable to move on stage. Terima kasih Darren!


Adidas Arrow


Adidas Decade

Thursday, October 25, 2007

Jadi Juri La Pulok...



What a surprise to received a call from Malaysia Airport Berhad (MAB) inviting me to be one of the judges dalam pertandingan 'Deco Raya Antara Jabatan'. A long side, Dr. Fadzley, Dato' Gary Thanessan (congratulations on your Datukship) and Nizam (an award winning creative man) from Ad.verse, the all guy jury was superbly treated. Makan macam-macam makan sampai nak pecah perut.

It was my first experience to get the opportunity to judge a Hari Raya Deco competition within the departments. Saya amat terkejut dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan MAB untuk menjadikan pertandingan tersebut satu pertandingan yang sengit. Pelbagai cara digunakan untuk memikat hati kami para juri. Antaranya menggunakan skuter, patung, membina rumah kayu ala kampung untuk dijadikan perhiasan di ruang pejabat mereka. Terima kasih kepada Pn Norliza Kamaruddin kerana sudi menjemput saya.


Bergambar bersama kakitangan Jabatan Korporat Komunikasi MAB



Makan nasi yang di masak dalam kambing



Nizam, Gary & Fadzley tengah mengagumi rumah kampung yg dibuat sendiri oleh kakitangan



Patung-patung ni dah berhenti kerja jadi model, sekarang jadi tukang kacau dodol


Wednesday, October 24, 2007

Pungguk Rindukan Bulan

Beberapa hari lepas dalam ruangan Cerita Artis Kita (CAK) Harian Metro ada menyiarkan article pasal kesudahan peserta-peserta program MyStarz LG yang masih menunggu tawaran dari syarikat rakaman. Yang menjadi tumpuan media adalah juara MyStarz LG, Tashya yang masih menunggu contract rakaman yang dijanjikan. Sian Tashya....

Macam saya sekarang ni pun masih menunggu untuk mendengar apa plan dari TV3, LG dan tenaga pengajar MyStarz. Sekarang ni macam gantung tak bertali, don't know where to go and what to do..... Sesiapa yang arif....? Tolong jawap.....


Show - Joran D'Kijal

Pertandingan Joran anjuran Berita Harian akan di adakan pada hujung minggu ni (27 & 28 Oktober) kat Kijal, Terengganu. Insyaallah, saya akan berada di sana untuk membuat persembahan dengan 2-3 artis yang lain. Terima kasih kepada Berita Harian kerana sudi menjemput untuk bersama-sama memeriahkan Joran Berita Harian....

Tuesday, October 23, 2007

Photoshoot Raya The Star

Bukan setakat nak menjayakan photoshot saja, tapi lawatan ke rumah Ibu Yusni juga merupakan peluang untuk saya berjumpa dengan beliau secara bersemuka buat pertama kalinya. Sebelum ini saya sering menonton lakonan serta telatah Ibu Yusni di TV samada filem, drama atau mengacara rancangan-rancangan RTM.

Biar apa saja telahan serta cakap-cakap orang, yang saya tahu Ibu Yusni yang dahulunya kelihatan ceria dalam TV kini agak sugul. Mungkin kesihatan beliau terganggu disebabkan kontroversi yang melanda Ibu Yusni. Kalau bercakap pun perlahan saja ayat-ayat yang keluar. Perasaan bercampur; simpati dengan keadaan beliau dan juga happy dengan tempat tinggal Ibu Yusni yang kelihatan agak mewah. Lengkap LCD TV berjenama, ruang tamu yang dihias plaster cylling berbunga, sofa yang kemas, saya agak hidup Ibu Yusni agak selesa di situ.

Sebelum melangkah ke rumah baru, ibu kepada lima orang anak- Raja Iskandar, 41, Raja Ema, 39, Raja Izat, 38, Raja Emey, 30, Raja Erna, 22, dan isteri kepada Raja Ibrahim ini menumpang di rumah kawan dan rumah kakaknya, Allahyarham seniwati Kasma Booty di Klang Gate. Semasa duduk bersembang dengan Ibu Yusni, dia ada cakap "Ibu harap dengan pemergian ibu anak-anak akan sedar. Ibu sentiasa doa mereka akan sedar juga satu hari nanti. Ramai yang tanya kenapa ibu 'buang' anak setelah sekian lama? Bukan 'buang' tetapi ibu terpaksa berhijrah untuk kebaikan....," - Itu adalah kata-kata dari beliau. Tapi apa yang berlaku sebenarnya hanya dia dan keluarganya saja yang tahu. Kita yang tak tahu diam saja lah.....

Ramai artis dijemput untuk menjayakan sessi 'beraya' di rumah Ibu Yusni Jaafar, Ampang. Antaranya Deja Moss, Betty Banafe, Zaibo, Noniswara, Ruhani Abdul Rahman, Wahid Nasir, Afif MyStarz LG. Artis dari AF pulak adalah Farhan, Diya, Candy, Noni dan Sahri. Terima kasih kepada warga The Star especially Kak Zieman kerana menjemput saya.
____________________________________________________________________

Me, Afif and Sahri

Bersama-sama Ibu Yusni memotong kek hari jadi Ibu Yusni yang ke-61.

Makan kueh raya dengan semua artis-artis yang ada malam tu.


Sedang Ingin Bercinta

I really love to talk about my experience on this song. It is one of the best song which I ever did in MyStarz (personally I think).

Masa mula-mula nak pilih lagu untuk dibawa pada konsert minggu ke 3, ada la saya suggest macam-macam lagu kat Farihin and Aubrey. Antaranya La Camisa Negra (Juanes), Patah Hati (Radja) dan Save The Last Dance For Me (Michael Bubble). Tapi semuanya tak mendapat persetujuan from Farihin atau Aubrey. Ada beberapa kelemahan dalam struktur lagu-lagu tadi yang membuatkan lagu tersebut kurang sempurna dari sudut musical untuk di nyanyikan dalam satu pertandingan besar macam MyStarz LG.

Tiba-tiba Farihin came out with the idea, ask me to do Sedang Ingin Bercinta (SIB). Pada mula-mula dengar tajuk lagu tu memang rasa tak best sangat sebab SIB merupakan genre rock. Never in my life perform lagu-lagu rock. Tapi atas dasar "patuh" kepada guru, saya terima dengan paksa rela.

Bak kata orang, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Bermula dengan music arrangment yang diketua oleh Aubrey, lagu SIB telah bertukar rentak dan flow di mana irama Swing dan Dangdut di masukkan ke dalam SIB. Jadi setelah practice demi practice, akhirnya menjadik jugak lagu tu.

Dan lagu SIB ni lah kali pertama saya muncul dengan half mic stand yang mana sampai ke final saya bawak. Dan yang paling best, SBI juga telah mengangkat saya sebagai best performer untuk kali pertama. Enjoy the video below, thanks to Hardy Online.net.

MyStarz tengok MyTeam

After more than 2 months Shebby and the gang gi scout around Malaysia mencari bakat-bakat untuk diketengahkan dalam arena bolasepak, akhirnya squad yang di bina tersungkur di kaki pemain-pemain bawah 19 tahun Indonesia. Ternyata pemain-pemain bolasepak Malaysia (yang pro, mahupun yang tak pro) belum dapat bersaing dengan pemain-pemain dari negara serantau.
Saya dengan rasa happynya dengan Zico and Iman gi ke Stadium Nasional Bukit Jalil tengok game tu, pulang dengan perasaan hampeh (belum habih perlawanan dah chow). Dengan corak permainan yang hambar dan tidak menarik langsung, nampaknya projek MyTeam ini hanyalah memberikan keuntungan dari segi komesil, tidak menyumbang langsung ke arah pembangunan bolasepak Malaysia. Jika di lihat kepada jumlah gol yang MyTeam kena, memanglah tidak banyak. Tapi gol-gol yang Indonesia score memang MyTeam main macam budak-budak sekolah BBGS. Just wonder if there will be MyTeam season 3.....
Scoreboard menunjukkan MyTeam kalah 2-0.

Ramai jugak rakyat Malaysia yang datang. Tapi rakyat Indonesia lagi ramai....

Monday, October 22, 2007

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Setelah abis program hangat MyStarz LG September lepas, alhamdullilah..... banyak juga jemputan dan undangan untuk stage show dan TV program yang dapat. Selain tu, bila lepas MyStarz, bila berjalan-jalan kat tempat terbuka (shoping complex, pasar malam, pasar Ramadhan, restoran) ada yang menegur dan mengaku sebagai peminat. Tak pernah termimpi atau terfikir hidup saya akan ada peminat (he... he...). Ramai juga peminat-peminat yang selalu bertanya cam mana nak mengetahui perkembangan saya selepas MyStarz, kat mana show yang akan datang, how to get in touch dan bermacam-macam lagi lah suggestion dan soalan.

Jadi dengan rendah diri dan berniat murni, saya set kan blog ni bertujuan untuk mendekatkan diri serta menghargai kesemua peminat-peminat serta penyokong-penyokong saya ketika di MyStarz LG. Di harap apa yang di paparkan di sini akan mengeratkan hubungan sesama kita.

Wassalam.