Tuesday, December 25, 2007

Sedang Ingin Bercinta - BAWANG

Another version of Sedang Ingin Bercinta which I did it with my two buddies, Awang & Andy. This was during MyStarz LG Showcase Concert.

You might wonder why up there I put BAWANG..... go on and watch the video, then you'll find the answer.

http://www.youtube.com/watch?v=FmFOeHUGrDE


Monday, December 24, 2007

New Year Countdown @ The Mutiara Damansara

Guys...

Happy New Year to all...!!

It was a great new year eve celebration for me as I got to perform with Malaysia's true performer, Zainal Abidin in front of 10,000 people at The Curve, Mutiara Damansara.

I started off with Pilihlah Aku followed by Wait For You (Elliot Yamin), thank u to Aubrey Suwito for the minus one and finally Kau Ilham Ku (new music arrangement by E-One Mentor) thank u for allowing me to do this number. The crowd seems to enjoy my performance and I'am glad that most of the audience sang along with me.

Then came my idol - Zainal Abidin, he did a great performance and finally I get to performed again with Steve Thornton and off course Zainal....million thanks to Zainal Abidin, he invited me to remain on stage to do his finale...Hijau...great man...it was a great show and I must say that Zainal is a great performer despite his leg injury.

Finally I wish to express my sincere thanks to those who came to watch me perform, wishing you all a fabulous new year filled with goodness and all things nice....Happy 2008!


My sincere thanks to Zuraimi and Spong for being there despite their busy schedule. Thank you bro!


At the backstage, with Mail (Zainal's right-hand man) just before the concert begin.


Pilihlah Aku....


Kau Ilham Ku...


Picture taken by me on stage.....fuyoo....check out the crowd!


Me and Zainal Abdin had fun on stage...


Me & Steve......

Friday, December 14, 2007

Futsal - Blackburn Rovers Malaysia


Rasa lega sungguh dapat beraksi semula di padang futsal. Sejak masuk MyStarz, inilah pertama kali dapat sepak bola.

Bersama dengan kawan-kawan peminat Blackburn Rovers, kami menyertai pertandingan futsal yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid negeri Selangor. Satu pendekatan amat baik yang dilakukan oleh persatuan masjid Selangor bagi mendekati belia-belia serta pemuda-pemuda untuk mengingatkan supaya meramaikan masjid.

Pasukan kami layak ke separuh akhir. Satu pencapaian yang membanggakan sebab pasukan kami hanya bermain/berjumpa ketika tournament.

Friday, November 30, 2007

Monsoon Cup 2007 - "Kick Off Concert"

28 Nov 2007 - Best yang tak sehingga.....! Tu jer yang boleh Bad describe kalau tanya pasal konsert malam pembukaan Monsoon Cup 2007.

Lebih 20 artis Malaysia telah berkumpul di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu untuk menjayakan Monsoon Cup "Kick Off Concert". Berpeluang jugak Bad berkongsi pentas dengan Mawi AF, Deja Moss, Rem, Hans Isaac, Sharifah Zarina, Mila AF, Faizal AF dan ramai lagi lah....

Ramai sungguh rakyat Terengganu yang datang. Bad dapat nyanyi 2 lagu - Sedang Ingin Bercinta & Gila Judi/Cek Mek Molek. The concert goes on until 1.00am.

Bad nak ucapkan terima kasih kepada penganjur T-Best terutama Jordan, Ika & Sheena. Thank you for their excellent hospitality even though they were very busy with other artists and participants. I am looking forward to be back in Terengganu Darul Iman.

Tido kat atas kapal terbang sebab rush from Tanjung Malim atas urusan office. Penat beb...

Tapi penat pun hilang sebab tengok penonton ramai giler kat Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. (gambar dari atas pentas)


Mila and Farah from AF.


Faizal & Afif pun ada kat sana. Semua kena pakai bedak sebelum naik pentas..... :p


Sessi bertemu peminat. Bad bersama-sama dengan Sharifah Zarina, Afif, Amelya AF & Maznah Zolkefli. Ramai jugak orang kenal Badri Ibrahim kat sana.... he... he....


Masa ni tengah pose untuk wartawan dari NST (Mj Alias). Thank you for your time uncle, untuk interview Bad kat sana.


Me and Afif having a very good time there in Primula Terengganu. Angin kat tepi pantai best giler....


Amylia (atas) dan Ika (bawah).

Batik Fun Walk 2007 - Berjaya Times Square

25 Nov 2007 - Bad dijemput oleh Astro untuk menjayakan Batik Fun Walk 2007 di Berjaya Times Square.

Bermula pukul 6.00 pagi, Bad kena participate untuk berjalan sejauh 2.5 km mengelilingi Bukit Bintang. Ini adalah kali pertama Bad berpeluang untuk bekerjasama dengan Astro.

It was really fun to walk around "Golden Triangle" pagi-pagi as we all know kawasan tu memang sibuk giler tak kira siang atau malam. Tapi nasib baik pulak sebab tak terserempak dengan Hindraff yang buat tunjuk perasaan pada hari yang sama, bermula pada jam yang lebih kurang sama.

For this event, Bad nyanyi 1 lagu saja - Pilihlah Aku made popular by Kriss Dayanti. Lirik Bad ada tukar kasik 'sesuai' sekit dengan acara hari tu. Bad tukar "Pilihlah aku jadi pacarmu" kepada "pilihlah batik jadi bajumu...." he... he...

Nombor penyertaan - 100!

Radhi OAG dapat nombor 101.

Warm-up sebelum berjalan

Touch-up sebelum nyanyi....

Sunday, November 18, 2007

MERDEKA DI MATAKU

21, 22 & 23 November, Actor Studio Bangsar akan berlangsung pementasan Merdeka Di Mataku, sebuah pementasan muzikal terbitan Ras Production. Ini adalah kali kedua Ras Adiba Radzi beraksi bagi mewakili OKU mengekspresikan perasaan atau pandangan mereka terhadap kemerdekaan. Sebab tu la tajuk pementasan ni Merdeka Di Mataku.


Bad, Afif, Awang & Andy serta Zaf (ex-V.E) akan menyokong Deep dalam pementasan ni dari segi bantuan vokal. Bad akan menyampaikan satu lagu secara solo dalam persembahan tu nanti. Dalam masa yang amat singkat (2 minggu), kami diberi cabaran yang paling getir sebab kena work on voice harmony - yang kami semua tak pernah buat sebelum ni. Then kena perform dalam prodution yang besar. Alhamdullilah, kami makin yakin untuk tunjukkan yang MyStarz boleh.....!

Kepada mereka yang ingin melihat dan menghayati muzik yang hebat, datanglah beramai-ramai ke Actor Studio, Bangsar. Harga tiket tak confirm lagi.... nanti Bad kasik tau berapa harganya.....

Barisan ex-MyStarz yang terlibat....


Berbincang dengan production crew yang dikepalai Farihin (director) - stage plotting.

our lyrics


Farihin Fatah cracking his head to make Merdeka Di Mataku a success



Thursday, November 15, 2007

Show - Asia Pacific Geopark Conference (Langkawi)


13 November - Langkawi destinasi seterusnya. Rasa bangga kerana dapat membuat persembahan di tempat lahir - Langkawi dan menyanyi di satu majlis yang bertaraf antarabangsa pulak tu..... best..., memang best!

Bad & Farah AF2 di panggil untuk menghiburkan peserta Regional Conference On Asia-Pacific Geoparks And Business Dialogues 2007. Acara yang dianjurkan oleh LADA dan UNESCO ni disertai oleh lebih 22 buah negara dari seluruh dunia. Masa kami nyanyi tu deligasi conference tengah makan tengah hari. Bad nyanyi 3 lagu; Follow Me (Uncle Cracker), Bukan Diriku (Samson) & Pilihlah Aku (Kris Dayanti). Mintak maaf sebab gambar dan video semasa menyanyi tak sempat nak ambik.....

Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu LADA, UNESCO serta Cikgu Ismail Hanafiah (Pak Teh) yang telah sudi menjemput Bad nyanyi di sana. Insyaallah, kalau ada rezeki, Bad akan kembali ke Langkawi lagi....


Anak jati Langkawi pegang burung helang. Me and Farah main-main dengan Wendy, burung kakak tua yang jinak sangat.


Me, Farah Diana and her younger sister, Wawa


Penat sangat..... urut kat kerusi urut airport Langkawi.

Friday, November 2, 2007

Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Rafidah Aziz - Kuala Kangsar



4 Nov - Alhamdullilah, satu lagi show telah tamat dengan jayanya. Lebih kurang 8 lagu Bad nyanyi, 6 lagu melayu, 2 lagu Inggeris.

Jangkaan kasar, lebih kurang 8,000 orang telah hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Seri Rafidah Aziz). Seronok rasa dapat jumpa orang-orang kat Kuala Kangsar. Tak sangka kat sana pun ada jugak orang yang kenal Bad. Dari mula sampai hinggalah ke saat nak balik, ada saja orang ambil gambar dan autograph.

Majlis bermula pukul 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kesempatan ini jugak Bad ambil peluang untuk beramah mesra dengan Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga hari jadi beliau jatuh pada hari ini, 4 November.

Bad nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Parlimen Bahagian Kuala Kangsar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri terutamanya kepada YBhg Datuk Saharudin - Setiausaha Politik MITI, Cik Wan Nurzila - Setiausaha Media MITI, kerana telah sudi menjemput Bad dan layanan yang diberikan sepanjang Bad berada di Kuala Kangsar. Kepada Kumpulan muzik TLG, Kak Ros serta Salima AF4 (semua bakat dari Kuala Kangsar), Bad berasa bangga dapat bekerjasama menghiburkan pengunjung. Kepada peminat-peminat di Kuala Kangsar, terima kasih di atas sokongan dan sambutan yang diberikan. Insyaallah, kalau ada umur dan masa, Bad akan kembali ke Kuala Kangsar....


Banner yang dibuat untuk promote - Badri MyStarz!

Singing my heart out!

Duet dengan Salima AF4 - Jangan Ada Dusta

Dengan peminat-peminat di Kuala Kangsar - terima kasih kepada semua...

Dikelilingi oleh peminat yang nak ambil autograph.

Bergambar kenangan bersama orang-orang kuat MITI.

Yang sebelah kiri tu Zainab, peminat setia yang sanggup datang dari KL untuk tengok Bad nyanyi.... thanks Nab!


Satu Hari Di Hari Raya.



Pencinta Wanita

Monday, October 29, 2007

Show - Joran D'Kijal Was A Real Test!

Ahad, 28 Oktober 2007 -


Dapat peluang nyanyi kat satu event besar macam Karnival GP Joran memang dah satu achievement, tambah pulak nyanyi depan kira-kira 15,000 orang...... a really big WOW! Mula-mula tu memang la ketaq sikit... biasalah. Tambah pulak nampak crowd yang ada sekitar pentas... lagi bertambah lajulah enjin motorbot kat dalam dada ni.


It was a real test for me. Kalau sebelum ni nyanyi depan tak lebih dari 5 ribu orang kat dalam MyStarz (itupun banyaknya kenalan dan ahli keluarga). Kali ni kena nyanyi depan crowd yang sebenar. Di atas kesuntukan masa, semua penyanyi termasuk Bad hanya dapat nyanyi 2 lagu (Gemuruh + Pilihlah Aku & Gila Judi + Cek Mek Molek) dan bila dah start tu, rasa tak puas pulak nyanyi cuma dua lagu. I want to do more...!!


Thank you to Berita Harian, especially Dato' Manja dan Dato' Hishamuddin serta wartawan meletop Zubir di atas jemputan and a very good treatment yang disediakan sepanjang berada di Terengganu. To Faizal AF4, Fatin AF5 serta Maya Karin, it was indeed a pleasure to work alongside all of you and I am looking forward to work together with you guys again. Not forgetting to Tina (my lovely wife + manager), you are excellence behind the music console. Thanks dear!

Kepada peminat peminat Bad di Terengganu, InsyaAllah Bad akan kembali ke Pulau Duyong, Terengganu untuk menjayakan acara pembukaan dan penutup Monsoon Cup 2007 pada 28 Nov - 3 Dec 2007. Kita jumpa di sana. Salam.....

Ketika melawat gerai-gerai pameran di sekitar tapak karnival - ramai giler orang serbu...

Bergambar dengan ikan-ikan yang ditangkap oleh peserta GP Joran


Letih sangat.... lepas tu sambut birthday Maya Karin kat Awana Kijal.

Terima kasih kepada Zubir yang menjaga kami sepanjang berada di Awana, Kijal.

Saturday, October 27, 2007

Malam Raikan Kanak-Kanak Istimewa Bersama LG

Khamis, 25 Oktober (8.30pm)

Majlis meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim (majoriti bangsa Cina & India) anjuran LG telah diadakan di dewan komuniti Taman Tun Dr. Ismail, KL. Selain meraikan kanak-kanak special ni, malam tu jugak menjadi acara 'reunion' kanak-kanak MyStarz. Yang ada malam tu Afif, Andy, Tashya, Mimi, Russell, Ijam.


Malam tu jugak menjadi satu 'disaster' utk kami sebab: 1) pakaian kami memang out of place. Orang yang ada si situ semua pakai baju biasa jer, cuma Superstar MyStarz jer yang pakai baju raya; (2) kami disuruh nyanyi lagu raya di depan audience yang tak appreciate lagu raya. What a shame..... tapi tak kesah lah, we had fun. Thank you to LG for having us there.

Nyanyi lagu Menjelang Hari Raya (DJ Dave)


Ahli-ahli majlis tertinggi MyStarz yang hadir (yang sebelah kiri tu pakai baju sedondon nampak...)


Persembahan yang mengagumkan dari adik ni.... best!!


Wajah ceria bintang-bintang MyStarz


Bersama Mr Chin, boss besar LG kat Malaysia dan semua staff LG. Dikelilingi
kanak-kanak istimewa di belakang.