Wednesday, July 16, 2008

Alhamdullilah

Syukur alhamdullilah, tekak dah semakin elok selepas operate buang tonsil 3 minggu lepas. Sekarang dah kembali normal, boleh makan dan yang paling penting dah boleh nyanyi balik.

Kepada semua, jangan risau sebab suara tak lari ke mana. Macam yang ditunjukkan dalam gambar di sebelah ni, tonsil ni terletak di tepi anak lidah. Peti sora terletak jauh ke dalam kerongkong. Jadi tak ada terjejas lah dalam operation hari tu.

Kenapa saya buat operate tonsil? Tiap-tiap kali saya demam, tonsil akan membengkak. Bila bengkak, sakit dan susah nak makan. So, pergi la Damansara Specialist jumpa dengan Dr Roslan (E&T) dan Dr nasihatkan supaya potong dan buang. Tonsil ni kira macam adik beradik appendixes la. Kalau di simpan pun tak ada fungsi, kalau dibuang pun, tak ada effect. Jadi daripada sengsara sakit tekak tiap kali demam, baik buang saja....

Selama 2 minggu saya tak leh makan makanan normal (maksudnya makanan kita orang melayu yang gemarkan pedas...). Hari-hari makan bubur ikan. Seksa jugak. Sakit bila nak telan tu, tuhan saja yang tahu. Result daripada tu, badan turun 5 kilo. Jadi kepada sesiapa yang nak kurus, anda disarankan untuk melakukan pembedahan buang tonsil.

Menuju ke bilik pembedahan. Part yang paling best, bila Dr letak ubat kasik pengsan....


Audi Mok datang melawat dengan Azlin Abas & NurFatima

Gambar menunjukan keadaan sebelum dan selepas tonsil dibuang. Gambar ini bukan gambar mulut Badri Ibrahim dan tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Gambar ini adalah kartun semata-mata.



1 comment:

Anonymous said...

moga ko cepat sembuh bad..
send regards to tina..


regards from finland
Axxx