Tuesday, November 4, 2008

Rumah Terbuka Parlimen Kuala Kangsar

26 Oktober - Jemputan untuk menyanyi sempena sambutan Aidilfitri semakin rancak memandangkan Syawal semakin hampir berakhir. Bagi kali ke 2 berturut-turut, saya dijemput oleh YB Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar atau lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai "Iron Lady" (di atas usaha keras beliau ketika menjadi Menteri dulu).

Kali ini saya berkesempatan berkaloborasi dengan kumpulan muzik tempatan, D'Sayong dengan menyanyikan satu lagu "Seloka Di Hari Raya" dan selepas itu saya beraksi solo dengan 3 lagu lagi.



Seramai lebih kurang 5,000 rakyat Kuala Kangsar hadir ke majlis tersebut yang mana mereka telah disajikan dengan pelbagai juadah enak seperti Laksa (K kangsar terkenal dengan keenakkan laksa tepi sungai), kambing golek, mee rebus dan bermacam lagi.

Majlis yang di adakan di kawasan Arena, Kuala Kangsar itu berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh hari walaupun jadualnya berakhir jam 2 ptg kerana makanan semuanya habis. Itu pun ada lagi yang datang dan tak dapat makan. Walaubagaimanapun, Tan Sri Rafidah Aziz tetap setia menunggu org2 Kuala Kangsar hingga ke petang.



Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tan Sri Rafidah kerana sekali lagi menjemput saya berjumpa dan memeriahkan majlis rumah terbuka YB Tan Sri. Terima kasih saya yang tak terhingga kepada YBhg Dato' Saha dan Cik Wan Nurzila yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan menjaga saya dengan sungguh baik sepanjang saya berada di Kuala Kangsar.

Posted by Picasa

Jamuan Raya TimedotCom -




30 Oktober - Bersama-sama 5 bekas peserta Akademi Fantasia dan pengacara Zainal Alam, saya telah dijemput untuk menghiburkan kakitangan dan jemputan majlis meraikan Aidilfitri dan Deepavali - Time To Rejoice, Time To Celebrate.




3 lagu yang saya nyanyi, semuanya berentak laju(fast songs) di atas permintaan organising commitee. Terima kasih kepada penganjur majlis terutamanya cik Azreena Azmi yang telah sudi mengundang saya bersama-sama having fun with Time. Harapnya kita dapat jumpa lagi....

Selamat Hari Raya Time!
Posted by Picasa