Sunday, May 25, 2008

Jom Ke 'Jom Heboh'


Hi All,

Jom gi ramai-ramai ke Karnival Jom Heboh pada hujung minggu ni (31 May & 1 Jun 2008) di Perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Bad akan muncul di ARENA Booth untuk dua hari berturut-turut diantara jam 2.30 - 3.30 petang. Thanks to TV3 for giving me the opportunity to appear and join the fun along with other celebrities.


Insyaallah, saya juga akan muncul di gerai Harian Metro untuk menghiburkan para pengunjung pada jam 5 petang. Di sana nanti akan ada berbagai aktiviti-aktiviti seperti Metro Idol (pertandingan karaoke ler tuh...), Pencarian Personaliti Harian Metro (ala-ala pertandingan ratu cantik), sukaneka, permainan rakyat dan macam-macam lagi lah. Ini adalah penyertaan saya yang ke dua di Karnival Jom Heboh bersama Harian Metro selepas Melaka.

Jom Jom Jom Jom...Jom Heboh Heboh!

Wednesday, May 21, 2008

Selamanya Dalam HotFM

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sabtu, 10 May 2008.... saya dapat SMS from my good friends - Audi Mok, Ezan and my sis-in-law Aidah dengan excitednya telling me Selamanya tengah main kat HotFM. I was in Alor Setar and radio was out of my reach. So saya masih lagi tak berkesempatan untuk dengar Selamanya kat radio :(

Saya dengan ini ingin memohon bantuan dan sokongan dari semua penyokong/peminat Badri Ibrahim untuk meminta, request lagu Selamanya dengan menelefon, SMS atau log-on ke website HotFM. Your support is very much appreciated.

Thank you all....!!