Tuesday, October 23, 2007

Photoshoot Raya The Star

Bukan setakat nak menjayakan photoshot saja, tapi lawatan ke rumah Ibu Yusni juga merupakan peluang untuk saya berjumpa dengan beliau secara bersemuka buat pertama kalinya. Sebelum ini saya sering menonton lakonan serta telatah Ibu Yusni di TV samada filem, drama atau mengacara rancangan-rancangan RTM.

Biar apa saja telahan serta cakap-cakap orang, yang saya tahu Ibu Yusni yang dahulunya kelihatan ceria dalam TV kini agak sugul. Mungkin kesihatan beliau terganggu disebabkan kontroversi yang melanda Ibu Yusni. Kalau bercakap pun perlahan saja ayat-ayat yang keluar. Perasaan bercampur; simpati dengan keadaan beliau dan juga happy dengan tempat tinggal Ibu Yusni yang kelihatan agak mewah. Lengkap LCD TV berjenama, ruang tamu yang dihias plaster cylling berbunga, sofa yang kemas, saya agak hidup Ibu Yusni agak selesa di situ.

Sebelum melangkah ke rumah baru, ibu kepada lima orang anak- Raja Iskandar, 41, Raja Ema, 39, Raja Izat, 38, Raja Emey, 30, Raja Erna, 22, dan isteri kepada Raja Ibrahim ini menumpang di rumah kawan dan rumah kakaknya, Allahyarham seniwati Kasma Booty di Klang Gate. Semasa duduk bersembang dengan Ibu Yusni, dia ada cakap "Ibu harap dengan pemergian ibu anak-anak akan sedar. Ibu sentiasa doa mereka akan sedar juga satu hari nanti. Ramai yang tanya kenapa ibu 'buang' anak setelah sekian lama? Bukan 'buang' tetapi ibu terpaksa berhijrah untuk kebaikan....," - Itu adalah kata-kata dari beliau. Tapi apa yang berlaku sebenarnya hanya dia dan keluarganya saja yang tahu. Kita yang tak tahu diam saja lah.....

Ramai artis dijemput untuk menjayakan sessi 'beraya' di rumah Ibu Yusni Jaafar, Ampang. Antaranya Deja Moss, Betty Banafe, Zaibo, Noniswara, Ruhani Abdul Rahman, Wahid Nasir, Afif MyStarz LG. Artis dari AF pulak adalah Farhan, Diya, Candy, Noni dan Sahri. Terima kasih kepada warga The Star especially Kak Zieman kerana menjemput saya.
____________________________________________________________________

Me, Afif and Sahri

Bersama-sama Ibu Yusni memotong kek hari jadi Ibu Yusni yang ke-61.

Makan kueh raya dengan semua artis-artis yang ada malam tu.


No comments: