Tuesday, August 5, 2008

BAGAIKAN RODA

Satu lagi lagu ciptaan komposer meletop, Audi Mok - Bagaikan Roda, dah pun siap proses rakaman dan mastering minggu lepas.

Lagu yang liriknya di tulis oleh Rafidah Abdullah (Rafidah 3R) berentakkan Pop, menceritakan kehidupan 1 hari bagi seorang lelaki. Dengan rentaknya yang catchy dan mengajak anda bergoyang, lagu ni memang berlainan sungguh dengan lagu saya yang pertama, Selamanya.

Dan yang paling best, ianya bakal ke udara pada hari Ahad ni (10 Ogos 2008) jam 7.30 petang di TV3 sebab lagu ni akan menjadi lagu tema rancangan "Jom Ronda", rancangan bual bicara yang dilakukan di dalam keta. Enjoy!!


Lirik Bagaikan Roda yang ditulis oleh Rafidah Abdullah. Citer dalam lagu ni memang lain sket la. I think, ini lah lagu pertama dalam masa berpuluh tahun yang menceritakan hidup seorang lelaki yang dah berkahwin.


Audi tengah membetulkan position Badri Ibrahim dengan mic. Masa rakam lagu ni, 2 mic digunakan serentak ( 1 studio mic, 1 performance mic). Sebab tu kalau dengar lagu ni, ada banyak lapis suara yang kedengaran. Betapa kreatifnya Audi Mok. Way to go dude!!

No comments: