Showing posts with label amal. Show all posts
Showing posts with label amal. Show all posts

Monday, February 4, 2008

Gotong Royong Scomi Bersama Artis Di Asrama Darul Falah


1 Februari - Cuti Hari Wilayah digunakan dengan baik oleh warga SCOMI Group Bhd dengan menganjurkan satu program amal di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Program gotong royong tu juga disertai oleh Maya Karin, Faizal Tahir dan NurFatima. It was a great fun we had.... bersihkan bilik adik-adik kat asrama tu, pasang book shelf untuk library, basuh dewan makan dan bersihkan kawasan sekitar.

Maya Karin dengan murah hati menyumbangkan 10 pokok buah-buahan (ciku, rambutan, manggis) untuk ditanam di asrama tu. Harap-harapnya dalam masa 2 tahun lagi dapat lah kita gi ke sana dan makan buah-buahan kat situ.

Bagi Faizal Tahir, ini adalah tugas amal yang pertama dilakukan selepas dia dijatuhi hukuman sebab insiden buka baju. He was cool and ceria sepanjang program.

Tukarkan bed sheet dalam bilik tidur. Ada yang kena share katil....


Mencangkul untuk tanam pokok ciku. Adik kat sebelah tu tengok jer...


Dengan Faizal tanam pokok kelapa...


Pasang book shelf untuk library.



Saturday, October 27, 2007

Malam Raikan Kanak-Kanak Istimewa Bersama LG

Khamis, 25 Oktober (8.30pm)

Majlis meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim (majoriti bangsa Cina & India) anjuran LG telah diadakan di dewan komuniti Taman Tun Dr. Ismail, KL. Selain meraikan kanak-kanak special ni, malam tu jugak menjadi acara 'reunion' kanak-kanak MyStarz. Yang ada malam tu Afif, Andy, Tashya, Mimi, Russell, Ijam.


Malam tu jugak menjadi satu 'disaster' utk kami sebab: 1) pakaian kami memang out of place. Orang yang ada si situ semua pakai baju biasa jer, cuma Superstar MyStarz jer yang pakai baju raya; (2) kami disuruh nyanyi lagu raya di depan audience yang tak appreciate lagu raya. What a shame..... tapi tak kesah lah, we had fun. Thank you to LG for having us there.

Nyanyi lagu Menjelang Hari Raya (DJ Dave)


Ahli-ahli majlis tertinggi MyStarz yang hadir (yang sebelah kiri tu pakai baju sedondon nampak...)


Persembahan yang mengagumkan dari adik ni.... best!!


Wajah ceria bintang-bintang MyStarz


Bersama Mr Chin, boss besar LG kat Malaysia dan semua staff LG. Dikelilingi
kanak-kanak istimewa di belakang.