Friday, November 2, 2007

Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Rafidah Aziz - Kuala Kangsar



4 Nov - Alhamdullilah, satu lagi show telah tamat dengan jayanya. Lebih kurang 8 lagu Bad nyanyi, 6 lagu melayu, 2 lagu Inggeris.

Jangkaan kasar, lebih kurang 8,000 orang telah hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Seri Rafidah Aziz). Seronok rasa dapat jumpa orang-orang kat Kuala Kangsar. Tak sangka kat sana pun ada jugak orang yang kenal Bad. Dari mula sampai hinggalah ke saat nak balik, ada saja orang ambil gambar dan autograph.

Majlis bermula pukul 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Kesempatan ini jugak Bad ambil peluang untuk beramah mesra dengan Datuk Seri Rafidah Aziz yang juga hari jadi beliau jatuh pada hari ini, 4 November.

Bad nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Parlimen Bahagian Kuala Kangsar dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri terutamanya kepada YBhg Datuk Saharudin - Setiausaha Politik MITI, Cik Wan Nurzila - Setiausaha Media MITI, kerana telah sudi menjemput Bad dan layanan yang diberikan sepanjang Bad berada di Kuala Kangsar. Kepada Kumpulan muzik TLG, Kak Ros serta Salima AF4 (semua bakat dari Kuala Kangsar), Bad berasa bangga dapat bekerjasama menghiburkan pengunjung. Kepada peminat-peminat di Kuala Kangsar, terima kasih di atas sokongan dan sambutan yang diberikan. Insyaallah, kalau ada umur dan masa, Bad akan kembali ke Kuala Kangsar....


Banner yang dibuat untuk promote - Badri MyStarz!

Singing my heart out!

Duet dengan Salima AF4 - Jangan Ada Dusta

Dengan peminat-peminat di Kuala Kangsar - terima kasih kepada semua...

Dikelilingi oleh peminat yang nak ambil autograph.

Bergambar kenangan bersama orang-orang kuat MITI.

Yang sebelah kiri tu Zainab, peminat setia yang sanggup datang dari KL untuk tengok Bad nyanyi.... thanks Nab!


Satu Hari Di Hari Raya.



Pencinta Wanita

No comments: