Tuesday, November 4, 2008

Rumah Terbuka Parlimen Kuala Kangsar

26 Oktober - Jemputan untuk menyanyi sempena sambutan Aidilfitri semakin rancak memandangkan Syawal semakin hampir berakhir. Bagi kali ke 2 berturut-turut, saya dijemput oleh YB Tan Sri Rafidah Aziz, Ahli Parlimen Kuala Kangsar atau lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai "Iron Lady" (di atas usaha keras beliau ketika menjadi Menteri dulu).

Kali ini saya berkesempatan berkaloborasi dengan kumpulan muzik tempatan, D'Sayong dengan menyanyikan satu lagu "Seloka Di Hari Raya" dan selepas itu saya beraksi solo dengan 3 lagu lagi.



Seramai lebih kurang 5,000 rakyat Kuala Kangsar hadir ke majlis tersebut yang mana mereka telah disajikan dengan pelbagai juadah enak seperti Laksa (K kangsar terkenal dengan keenakkan laksa tepi sungai), kambing golek, mee rebus dan bermacam lagi.

Majlis yang di adakan di kawasan Arena, Kuala Kangsar itu berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh hari walaupun jadualnya berakhir jam 2 ptg kerana makanan semuanya habis. Itu pun ada lagi yang datang dan tak dapat makan. Walaubagaimanapun, Tan Sri Rafidah Aziz tetap setia menunggu org2 Kuala Kangsar hingga ke petang.



Terima kasih saya ucapkan kepada YB Tan Sri Rafidah kerana sekali lagi menjemput saya berjumpa dan memeriahkan majlis rumah terbuka YB Tan Sri. Terima kasih saya yang tak terhingga kepada YBhg Dato' Saha dan Cik Wan Nurzila yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan menjaga saya dengan sungguh baik sepanjang saya berada di Kuala Kangsar.

Posted by Picasa

Jamuan Raya TimedotCom -




30 Oktober - Bersama-sama 5 bekas peserta Akademi Fantasia dan pengacara Zainal Alam, saya telah dijemput untuk menghiburkan kakitangan dan jemputan majlis meraikan Aidilfitri dan Deepavali - Time To Rejoice, Time To Celebrate.




3 lagu yang saya nyanyi, semuanya berentak laju(fast songs) di atas permintaan organising commitee. Terima kasih kepada penganjur majlis terutamanya cik Azreena Azmi yang telah sudi mengundang saya bersama-sama having fun with Time. Harapnya kita dapat jumpa lagi....

Selamat Hari Raya Time!
Posted by Picasa

Tuesday, September 9, 2008

MyStarz LG - Kuching Audition

23-24 Ogos di Boulevard Shopping Mall, Kuching - Hentian terakhir MyStarz LG dalam mencari bakal bintang, menyaksikan penyertaan yang paling sedikit antara kesemua venue.

Walaupun tak ramai, perserta-peserta yang mendaftar semuanya berbakat. Maksudnya, orang-orang Kuching hanya akan mendaftar dan mencuba nasib kalau kalau mereka tahu yang mereka berbakat. Syabas kepada peserta yang telah terpilih hingga ke peringkat yang ke-3.



Setelah menjelajah ke serata Malaysia, kita bakal menyasikan bakat-bakat baru yang akan bertanding di dalam MyStarz LG musim ke-2 tak lama lagi (dalam bulan Oktober). Melalui pengamatan semasa sessi ujubakat, saya sendiri dah dapat agak siapa yang akan menjadi 12 peserta akhir MyStarz LG.

Boleh ker MyStarz LG 2 bersinar lebih dari MyStarz 1? Anda tentukan lah....

My B'day



25 Ogos - 12.00 pagi, birthday saya yang ke 29 tahun di sambut ketika berada di Kuching Sarawak sebab pada masa tu saya bersama-sama team MyStarz LG tgh buat audition kat sana.

Tapi pada 25 Ogos tu jugak pukul 7.00 pagi, saya terbang balik ke KL sebab :

1. kerja kat office berlambak
2. nak tengok hadiah apa Tina kasik tahun ni....

Harap-harap umor ke 29 tahun ni akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada saya dan keseluruh keluarga...




Kat office, Tina hantar ballon Sponge Bob.


Balik umah, dapat Playstation 3.... yey!!
Posted by Picasa

Thursday, August 21, 2008

MyStarz LG - Sabah Audition

1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah - a brand new shopping complex attached to 3 hotels was the chosen venue for the last weekend (16 & 17 August) MyStarz LG season 2 audition.

More than 300 participants from all over Sabah had shown their talents and 32 participants was chosen to the 3rd stage of the audition. It has been known that contestant from Sabah has great talent and they had impressed the judges (Encik Mokhtaza, orang kuat Warner Music) dan Lah VE.

Peserta dari MyStarz LG Season 1 yang berasal dari Sabah - Awang, Rubisa dan Rachel telah sudi datang membuat persembahan menghibur dan menunjukkan bakat mereka kepada para pengunjung dan juga peserta-perserta untuk Mystarz LG Season 2.

Malam ini, saya akan berangkat ke Kuching, Sarawak iaitu lokasi yang terakhir bagi ujibakat Mystarz LG Season 2.

Sila tunggu cerita terbaru dari Kuching pada minggu hadapan....Salam

Thursday, August 7, 2008

Sidang Akhbar 'Jom Ronda'


Majlis pelancaran dan sidang akhbar untuk program Jom Ronda telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama pagi tadi.

Saya telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu Bagaikan Roda - lagu yang telah dipilih untuk menjadi lagu tema program tersebut. Pencipta lagu Bagikan Roda, Audi Mok juga meluangkan masa untuk hadir di majlis tersebut.

Kepada semua, jangan lupa menonton program Jom Ronda setiap hari Ahad jam 7.30 petang bermula 10 Ogos ini.

Thanks to Gary Lee for the pictures.


Audi Mok di 'cekup' oleh Fetri Yahya, bertanyakan soalan mengenai lagu Bagaikan Roda.



PROTON merupakan penaja utama untuk program Jom Ronda.

Tuesday, August 5, 2008

BAGAIKAN RODA

Satu lagi lagu ciptaan komposer meletop, Audi Mok - Bagaikan Roda, dah pun siap proses rakaman dan mastering minggu lepas.

Lagu yang liriknya di tulis oleh Rafidah Abdullah (Rafidah 3R) berentakkan Pop, menceritakan kehidupan 1 hari bagi seorang lelaki. Dengan rentaknya yang catchy dan mengajak anda bergoyang, lagu ni memang berlainan sungguh dengan lagu saya yang pertama, Selamanya.

Dan yang paling best, ianya bakal ke udara pada hari Ahad ni (10 Ogos 2008) jam 7.30 petang di TV3 sebab lagu ni akan menjadi lagu tema rancangan "Jom Ronda", rancangan bual bicara yang dilakukan di dalam keta. Enjoy!!


Lirik Bagaikan Roda yang ditulis oleh Rafidah Abdullah. Citer dalam lagu ni memang lain sket la. I think, ini lah lagu pertama dalam masa berpuluh tahun yang menceritakan hidup seorang lelaki yang dah berkahwin.


Audi tengah membetulkan position Badri Ibrahim dengan mic. Masa rakam lagu ni, 2 mic digunakan serentak ( 1 studio mic, 1 performance mic). Sebab tu kalau dengar lagu ni, ada banyak lapis suara yang kedengaran. Betapa kreatifnya Audi Mok. Way to go dude!!