13 November - Langkawi destinasi seterusnya. Rasa bangga kerana dapat membuat persembahan di tempat lahir - Langkawi dan menyanyi di satu majlis yang bertaraf antarabangsa pulak tu..... best..., memang best!
Bad & Farah AF2 di panggil untuk menghiburkan peserta Regional Conference On Asia-Pacific Geoparks And Business Dialogues 2007. Acara yang dianjurkan oleh LADA dan UNESCO ni disertai oleh lebih 22 buah negara dari seluruh dunia. Masa kami nyanyi tu deligasi conference tengah makan tengah hari. Bad nyanyi 3 lagu; Follow Me (Uncle Cracker), Bukan Diriku (Samson) & Pilihlah Aku (Kris Dayanti). Mintak maaf sebab gambar dan video semasa menyanyi tak sempat nak ambik.....
Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu LADA, UNESCO serta Cikgu Ismail Hanafiah (Pak Teh) yang telah sudi menjemput Bad nyanyi di sana. Insyaallah, kalau ada rezeki, Bad akan kembali ke Langkawi lagi....
Anak jati Langkawi pegang burung helang. Me and Farah main-main dengan Wendy, burung kakak tua yang jinak sangat.
Me, Farah Diana and her younger sister, Wawa
Penat sangat..... urut kat kerusi urut airport Langkawi.
Penat sangat..... urut kat kerusi urut airport Langkawi.
1 comment:
Hi Badri,
Great Blog and I'm really happy with the journey that you're creating.
All the best bro...
Can't wait for your debut album in stores.
SINDIRAN! he he he
Cheers!
Edris Adrian
Post a Comment