Monday, June 16, 2008

HELP NEEDED HERE

Please click picture above to start vote for Selamanya.


Salam semua,

I would like to ask for your kind support to help me to build up my singing career to another level by requesting HotFM to play Selamanya more often. The more airplay Selamanya gets, the more people will get to listen to it. So guys, please please vote for Selamanya! Your generous support is very much appreciated.

'Selamanya' will be on the prelude chart for limited time only. To begin with, you can click picture above to start vote for Selamanya.


Thank you and best regards!
7 Jun 2008 - Selama lebih 20 minit, saya menjadi tetamu dalam rancangan sembang pagi 'Nasi Lemak Kopi O' besama-sama En Aziz Desa dan Che Mek disiarkan secara langsung di saluran TV9.

Ini adalah salah satu program bagi mempromosi single pertama saya - Selamanya.

Pagi tu juga saya berkesempatan berkaloberasi dengan pemuzik wayang kulit 'Pak Long' dengan menyanyi 2 lagu beriramakan tradisional.

Terima kasih TV9 kerana memberi kesempatan untuk saya muncul bertemu penonton-penonton setia TV9.


Adik Maisarah, Mek (Dek Na - kalau dlm drama Ezora), Aziz Desa & Prof Izi Hj Ali.


Bersama Aziz Desa selepas selesai program.

Sunday, May 25, 2008

Jom Ke 'Jom Heboh'


Hi All,

Jom gi ramai-ramai ke Karnival Jom Heboh pada hujung minggu ni (31 May & 1 Jun 2008) di Perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Bad akan muncul di ARENA Booth untuk dua hari berturut-turut diantara jam 2.30 - 3.30 petang. Thanks to TV3 for giving me the opportunity to appear and join the fun along with other celebrities.


Insyaallah, saya juga akan muncul di gerai Harian Metro untuk menghiburkan para pengunjung pada jam 5 petang. Di sana nanti akan ada berbagai aktiviti-aktiviti seperti Metro Idol (pertandingan karaoke ler tuh...), Pencarian Personaliti Harian Metro (ala-ala pertandingan ratu cantik), sukaneka, permainan rakyat dan macam-macam lagi lah. Ini adalah penyertaan saya yang ke dua di Karnival Jom Heboh bersama Harian Metro selepas Melaka.

Jom Jom Jom Jom...Jom Heboh Heboh!

Wednesday, May 21, 2008

Selamanya Dalam HotFM

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sabtu, 10 May 2008.... saya dapat SMS from my good friends - Audi Mok, Ezan and my sis-in-law Aidah dengan excitednya telling me Selamanya tengah main kat HotFM. I was in Alor Setar and radio was out of my reach. So saya masih lagi tak berkesempatan untuk dengar Selamanya kat radio :(

Saya dengan ini ingin memohon bantuan dan sokongan dari semua penyokong/peminat Badri Ibrahim untuk meminta, request lagu Selamanya dengan menelefon, SMS atau log-on ke website HotFM. Your support is very much appreciated.

Thank you all....!!

Friday, April 25, 2008

Malaysian Artistes For Unity





24 Apr - Kalau kita bercakap pasal perpaduan kaum di Malaysia, 100% Malaysian will agree with me yang kita tiada masalah langsung dalam hidup berbilang kaum.


Yesterday I got myself involved in one project called Malaysian Artistes For Unity. It's a video clip to fit a song composed by Pete Teo called Here In My Home. There was a bunch of artistes, big names in Malaysia entertainment industry.

There was Maya Karin, Awie, Afdlin Shauki, Jac Victor, Dato' Tony Fernandez (yeah... the big boss of AirAsia), Shebby Singh, Ning Baizura, Reshmonu, Ida Nerina, Amber Chia and more.....

The video director is Yasmin Ahmad and it was great as we had a really fun working atmosphere. The song is probably the first of its kind in Malaysia as there is Tamil Rap next to Malay rock mixed together with Chinese and English pop. Hope with this project, it will keep us unite and harmony under one roof...... Malaysia!







Thursday, April 3, 2008

Selamanya

Verse 1
Selamanya...yang aku mahukan
Bila aku bersamamu

Selamanya...aku milikmu tanpa ragu
Perlu kau tahu

Chorus
Setiap saat denganmu
Buat ku bah'gia selalu
Tanpa dirimu
Siapalah aku
Tak dapat ku bayangkan
Hidup tanpa kasihmu
Tiadalah rasanya begini

Verse 2
Mungkin bisa
Kau juga rasakan
Apa yang ku merasakan

Mungkin bisa
Kita bersama hingga ke akhirnya
Takkan lebih ku pinta

Repeat Chorus

Bridge
Tiada pernah aku mampu 'tuk
menghampakanmu
Waktu kau perlukan aku
Pasti akan aku di sisimu
Ku beri kau segalanya

Repeat Chorus

Ku ingin hidup bersama
Tiada terbayang
Diriku tanpa dirimu
Tiada pernah ku rasa
Perasaan sehebat, hebat begini
Tak dapat ku gambarkan
Diriku tanpa dirimu
Hidup tanpa kasihmu
Tiadalah rasanya begini

Selamanya...yang aku mahukan
Bila aku bersamamu

Lagu : Audi Mok
Lirik : Faizal Tahir

Wednesday, April 2, 2008

Daulat Tuanku Al-Sultan Kelantan


1 Apr - Bad bersama Dayang Nurfaizah, Intan Sarafina & seorang penyanyi 'otai', Salimah Mahmod di jemput oleh Persatuan Kerabat DiRaja Kelantan untuk menghiburkan Tuanku Al-Sultan dan Raja Perempuan Kelantan pada majlis makan malam utama di The Riverview Hotel, Kota Bahru.

Bad nyanyi 2 buah lagu, A Man Without Love dan semestinya lagu terbaru, Selamanya.

Salimah Mahmod


Dayang Nurfaizah


Bad bersama salah seorang kerabat diRaja Kelantan semasa sessi bergambar bersama artis-artis yang lain.


Grand Riverview Hotel - tempat berlangsungnya majlis makan malam utama, sambutan ulang tahun Tuanku Al-Sultan Kelantan.