Monday, October 29, 2007

Show - Joran D'Kijal Was A Real Test!

Ahad, 28 Oktober 2007 -


Dapat peluang nyanyi kat satu event besar macam Karnival GP Joran memang dah satu achievement, tambah pulak nyanyi depan kira-kira 15,000 orang...... a really big WOW! Mula-mula tu memang la ketaq sikit... biasalah. Tambah pulak nampak crowd yang ada sekitar pentas... lagi bertambah lajulah enjin motorbot kat dalam dada ni.


It was a real test for me. Kalau sebelum ni nyanyi depan tak lebih dari 5 ribu orang kat dalam MyStarz (itupun banyaknya kenalan dan ahli keluarga). Kali ni kena nyanyi depan crowd yang sebenar. Di atas kesuntukan masa, semua penyanyi termasuk Bad hanya dapat nyanyi 2 lagu (Gemuruh + Pilihlah Aku & Gila Judi + Cek Mek Molek) dan bila dah start tu, rasa tak puas pulak nyanyi cuma dua lagu. I want to do more...!!


Thank you to Berita Harian, especially Dato' Manja dan Dato' Hishamuddin serta wartawan meletop Zubir di atas jemputan and a very good treatment yang disediakan sepanjang berada di Terengganu. To Faizal AF4, Fatin AF5 serta Maya Karin, it was indeed a pleasure to work alongside all of you and I am looking forward to work together with you guys again. Not forgetting to Tina (my lovely wife + manager), you are excellence behind the music console. Thanks dear!

Kepada peminat peminat Bad di Terengganu, InsyaAllah Bad akan kembali ke Pulau Duyong, Terengganu untuk menjayakan acara pembukaan dan penutup Monsoon Cup 2007 pada 28 Nov - 3 Dec 2007. Kita jumpa di sana. Salam.....

Ketika melawat gerai-gerai pameran di sekitar tapak karnival - ramai giler orang serbu...

Bergambar dengan ikan-ikan yang ditangkap oleh peserta GP Joran


Letih sangat.... lepas tu sambut birthday Maya Karin kat Awana Kijal.

Terima kasih kepada Zubir yang menjaga kami sepanjang berada di Awana, Kijal.

Saturday, October 27, 2007

Malam Raikan Kanak-Kanak Istimewa Bersama LG

Khamis, 25 Oktober (8.30pm)

Majlis meraikan kanak-kanak istimewa dan anak-anak yatim (majoriti bangsa Cina & India) anjuran LG telah diadakan di dewan komuniti Taman Tun Dr. Ismail, KL. Selain meraikan kanak-kanak special ni, malam tu jugak menjadi acara 'reunion' kanak-kanak MyStarz. Yang ada malam tu Afif, Andy, Tashya, Mimi, Russell, Ijam.


Malam tu jugak menjadi satu 'disaster' utk kami sebab: 1) pakaian kami memang out of place. Orang yang ada si situ semua pakai baju biasa jer, cuma Superstar MyStarz jer yang pakai baju raya; (2) kami disuruh nyanyi lagu raya di depan audience yang tak appreciate lagu raya. What a shame..... tapi tak kesah lah, we had fun. Thank you to LG for having us there.

Nyanyi lagu Menjelang Hari Raya (DJ Dave)


Ahli-ahli majlis tertinggi MyStarz yang hadir (yang sebelah kiri tu pakai baju sedondon nampak...)


Persembahan yang mengagumkan dari adik ni.... best!!


Wajah ceria bintang-bintang MyStarz


Bersama Mr Chin, boss besar LG kat Malaysia dan semua staff LG. Dikelilingi
kanak-kanak istimewa di belakang.

Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima

Bad diperintahkan untuk menyanyi sebelah petang yang mana sessi Media Prima bersama corporate clients. Me, together with Afif and Ijam was there around 3pm untill 6pm. Sampai jer kat Sri Pentas, Bad dah kena nyanyi dulu, duet ngan Farah Asyikin (Malaysian Idol & One In A Million) lagu Seloka Hari Raya. Walaupun tak practice, tapi boleh jugak lah....

Lepas tu Bad kena nyanyi 3 lagi lagu secara solo; Suasana Hari Raya (DJ Dave), Kau Di Hatiku (Zainal Abidin) dan tentunya lagu medley Gila Judi & Cek Mek Molek (M Daud Kilau).

Ramai jugak artis yang ada seperti Adibah Noor, Azwan Ali, Rohana Jalil dan Sharifah Armani dan tentunya personaliti2 TV3. Another good exposure for me and the rest of MyStarz. Kalau tengok dalam gambar Bad tak pakai songkok sebab tertinggal la pulok!



Sharifah Armani with her.... friend kot, duduk kat meja yang sama Bad duduk.


Adibah Noor was superb,seperti biasa.


Barisan artis yang menjayakan persembahan hari tu bergambar dengan Datuk Seri Farid.


Bergambar dengan (dari kiri) Ijam, Kombatt & Boboy - producer MyStarz LG. Suka sangat tengok Boboy pakai tudung cam tu.... ayu sangat!

Friday, October 26, 2007

Thank You Adidas!


Last Sunday, I got my self two pairs of Adidas sneakers from their new Adidas Original outlet in Pavillion, Bukit Bintang. Million thanks to Adidas especially Mr. Darren Choy, Managing Director of Adidas for the support given. I'll put them on for my forthcoming shows and I am sure it will definitely make me look good and comfortable to move on stage. Terima kasih Darren!


Adidas Arrow


Adidas Decade

Thursday, October 25, 2007

Jadi Juri La Pulok...



What a surprise to received a call from Malaysia Airport Berhad (MAB) inviting me to be one of the judges dalam pertandingan 'Deco Raya Antara Jabatan'. A long side, Dr. Fadzley, Dato' Gary Thanessan (congratulations on your Datukship) and Nizam (an award winning creative man) from Ad.verse, the all guy jury was superbly treated. Makan macam-macam makan sampai nak pecah perut.

It was my first experience to get the opportunity to judge a Hari Raya Deco competition within the departments. Saya amat terkejut dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan MAB untuk menjadikan pertandingan tersebut satu pertandingan yang sengit. Pelbagai cara digunakan untuk memikat hati kami para juri. Antaranya menggunakan skuter, patung, membina rumah kayu ala kampung untuk dijadikan perhiasan di ruang pejabat mereka. Terima kasih kepada Pn Norliza Kamaruddin kerana sudi menjemput saya.


Bergambar bersama kakitangan Jabatan Korporat Komunikasi MAB



Makan nasi yang di masak dalam kambing



Nizam, Gary & Fadzley tengah mengagumi rumah kampung yg dibuat sendiri oleh kakitangan



Patung-patung ni dah berhenti kerja jadi model, sekarang jadi tukang kacau dodol


Wednesday, October 24, 2007

Pungguk Rindukan Bulan

Beberapa hari lepas dalam ruangan Cerita Artis Kita (CAK) Harian Metro ada menyiarkan article pasal kesudahan peserta-peserta program MyStarz LG yang masih menunggu tawaran dari syarikat rakaman. Yang menjadi tumpuan media adalah juara MyStarz LG, Tashya yang masih menunggu contract rakaman yang dijanjikan. Sian Tashya....

Macam saya sekarang ni pun masih menunggu untuk mendengar apa plan dari TV3, LG dan tenaga pengajar MyStarz. Sekarang ni macam gantung tak bertali, don't know where to go and what to do..... Sesiapa yang arif....? Tolong jawap.....


Show - Joran D'Kijal

Pertandingan Joran anjuran Berita Harian akan di adakan pada hujung minggu ni (27 & 28 Oktober) kat Kijal, Terengganu. Insyaallah, saya akan berada di sana untuk membuat persembahan dengan 2-3 artis yang lain. Terima kasih kepada Berita Harian kerana sudi menjemput untuk bersama-sama memeriahkan Joran Berita Harian....