Wednesday, April 2, 2008

Daulat Tuanku Al-Sultan Kelantan


1 Apr - Bad bersama Dayang Nurfaizah, Intan Sarafina & seorang penyanyi 'otai', Salimah Mahmod di jemput oleh Persatuan Kerabat DiRaja Kelantan untuk menghiburkan Tuanku Al-Sultan dan Raja Perempuan Kelantan pada majlis makan malam utama di The Riverview Hotel, Kota Bahru.

Bad nyanyi 2 buah lagu, A Man Without Love dan semestinya lagu terbaru, Selamanya.

Salimah Mahmod


Dayang Nurfaizah


Bad bersama salah seorang kerabat diRaja Kelantan semasa sessi bergambar bersama artis-artis yang lain.


Grand Riverview Hotel - tempat berlangsungnya majlis makan malam utama, sambutan ulang tahun Tuanku Al-Sultan Kelantan.

Thursday, March 20, 2008

SELAMANYA?

Selamanya
Yang aku mahukan

Bila aku bersama mu....


Verse pertama yang ditulis oleh Faizal Tahir untuk lagu/single Bad yang pertama.

Audi Mok tengah buat final mix untuk lagu ni dan Audi cakap dia nak hantar untuk proses mastering dalam minggu depan. Tajuk untuk lagu ni tak final lagi, mungkin 'SELAMANYA'.

It should be ready by end of this month. Sebulan jugak delay sebab nak pastikan lagu ni dihasilkan dengan sempurna. Tunggu.......




Audi tengah concentrate buat final touch dalam studio Fuse, Petaling Jaya.

Sunday, March 9, 2008

Pilihan Raya Umum 2008

Penglibatan artis bagi menarik orang ramai datang mendengar ceramah politik semakin dipraktikkan. Ada pelakon, penyanyi & pelawak diundang samada bagi berceramah atau menjadi daya tarikan, lebih-lebih lagi semasa musim Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.

Bad dijemput untuk bersama-sama dengan calon ADUN bahagian Bagan Dalam, Pulau Pinang untuk meng'happening'kan ceramah pada 7 Mac yang lepas, sehari sebelum hari pembuangan undi. Majoriti penduduk di situ adalah bangsa India dan Melayu.

Bad nyanyi 3 lagu dan diselitkan sedikit peringatan tentang pemilihan wakil rakyat. For me... ceramah politik ni dah biasa sangat sebab masa kecik-kecik dulu pun selalu ikut ayah gi bagi ceramah sana sini..... best....!!

Tuesday, February 26, 2008

Recording Session


16 Feb - Me, Audi & Faizal Tahir was in one room, dark an cold..... doing nothing but to get the song (yang tajuknya tak tahu lagi) recorded.

But unfortunately, it doesn't happened. My vocal was not good, my body wasn't in the best shape for recording and I just can't feel the song.... gosh..!! Never thought recording will be as hard as this.


Audi and Faizal was all out to motivate me, give me all the tips and trick to click to the song. At the end, Audi call it a day (5.30am) and give me time to get into the zone of the song. But before we go home, we went to A&W PJ to enjoy Ayam Goreng and each other company.

Thank you Audi & Faizal for the tunjuk ajar. Will bring all those tips together in the next recording session.

Our light moment in the studio.


Makan kat A&W PJ - 5.30am

Futsal - Celebrities vs Harian Metro


Bola.... bola.... bola....

Hidup ni kalau tak der bola tak best.

11 Februari 2008 Bad di jemput bersama-sama selebriti lain (Hans Issac, Selan Paul, Fitz, Fasha Sanda, Siti Saerah, Fouziah Gous dan lain lain) untuk membuka tirai pertandingan Futsal iMetro 2008 di padang futsal NSTP, Bangsar. Pasukan selebriti menang 5 gol berbalas 4. Bad jadik defender-midfielder ari tu.....

FUN!!


Fitz, Badri, Hans & Selan mengumpul semangat untuk menyepak bola.


Warm-up sebelum masuk gelanggang....

Monday, February 4, 2008

Gotong Royong Scomi Bersama Artis Di Asrama Darul Falah


1 Februari - Cuti Hari Wilayah digunakan dengan baik oleh warga SCOMI Group Bhd dengan menganjurkan satu program amal di Asrama Darul Falah, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

Program gotong royong tu juga disertai oleh Maya Karin, Faizal Tahir dan NurFatima. It was a great fun we had.... bersihkan bilik adik-adik kat asrama tu, pasang book shelf untuk library, basuh dewan makan dan bersihkan kawasan sekitar.

Maya Karin dengan murah hati menyumbangkan 10 pokok buah-buahan (ciku, rambutan, manggis) untuk ditanam di asrama tu. Harap-harapnya dalam masa 2 tahun lagi dapat lah kita gi ke sana dan makan buah-buahan kat situ.

Bagi Faizal Tahir, ini adalah tugas amal yang pertama dilakukan selepas dia dijatuhi hukuman sebab insiden buka baju. He was cool and ceria sepanjang program.

Tukarkan bed sheet dalam bilik tidur. Ada yang kena share katil....


Mencangkul untuk tanam pokok ciku. Adik kat sebelah tu tengok jer...


Dengan Faizal tanam pokok kelapa...


Pasang book shelf untuk library.



Sunday, February 3, 2008

Interview - Harian Metro

Minggu lepas, Bad pergi ke Balai Berita untuk interview dengan Harian Metro. Insyaallah, Bad akan jadi cover untuk ruangan RAP dalam Harian Metro dalam bulan Februari ni.

Interview tu berkenaan dengan single Bad bertajuk Terlalu yang akan dilancarkan pada 14 Feb 2008 dan juga pengumuman kerjasama Bad dengan Satu Music Entertainment dalam mengembangkan bakat dalam music.

Bad pergi ke sana ditemani Tina, Azlin dan Kak Nik. Terima kasih yang tak terhingga kepada Kak Nik kerana sudi mengaturkan interview Bad pada hari tu. Kepada En Adam Saleh, ribuan terima kasih kerana sudi memberi slot untuk Bad promote single dan perkembangan terkini Badri Ibrahim.....

Gambar-gambar semasa interview dengan Harian Metro.